#6 - Pengalaman Menggunakan Uber
Bagi saya, Uber adalah contoh inovasi yang sangat bagus. Perkhidmatan yang diberi berjaya menyelesaikan banyak masalah, terutamanya masalah biasa yang kita hadapi bila menggunakan teksi.
Bukan semua pemandu teksi tak bagus. Ramai yang saya jumpa bagus dan baik dengan pelanggan (di Malaysia dan luar negara). Tapi ada juga yang:
- Tidak mahu ikut meter
- Bawa dengan merbahaya
- Mengamalkan taktik tiada duit kecil atau tak cukup baki
- Tidak mahu pergi ke sesuatu tempat - pelbagai alasan
Pada saya, perkara yang bagus tentang Uber ialah:
- Tidak perlu guna wang tunai (credit/debit card). Ada sesetengah tempat seperti Indonesia kita boleh bayar secara tunai.
- Perjalanan direkodkan. Secara tak langsung ada unsur keselamatan dan cara pemanduan boleh dipantau
- Ada di banyak negara. Jadi tiada elemen ‘kejutan’, perkhidmatannya sama sahaja di mana-mana.
- Senang nak cerita kita nak pergi mana (gunakan peta dalam applikasi Uber)
Selepas menggunakan perkhidmatan Uber, pemandu dan pelanggan boleh beri ‘markah’. Secara tak langsung ini menjadikan pemandu Uber jadi mesra pelanggan.
Setakat ini saya pernah menggunakan Uber di beberapa bandar - termasuk di Jeddah, Riyadh, Dubai, Bangkok, Singpore dan Edinburgh.
Untuk menggunakan Uber, anda perlukan telefon pintar, daftar & pasang aplikasi Uber (untuk Android atau IoS).