#62 - Belajar Ansible
Ansible adalah perisian sumber terbuka untuk menyediakan & menguruskan konfigurasi server. Sudah agak lama saya hendak mencubanya setelah mengikuti beberapa sesi tutorial & membeli buku Ansible for DevOps.
Sebelum menggunakan Ansible, perlu tahu beberapa perkara terlebih dahulu:
- Ansible boleh digunakan untuk mengurus server & infrastruktur teknologi maklumat. Jika anda mempunyai lebih dari satu server untuk diuruskan maka boleh membuat pertimbangan untuk menggunakan ansible.
- Ansible menggunakan ssh (secure shell) untuk ‘berkomunikasi’ dengan server. Jadi perlu hasilkan kekunci ssh terlebih dahulu dan salinkan kekunci yang berkaitan ke server supaya tidak perlu lagi gunakan kata laluan.
- Ansible mempunyai beberapa modul untuk melakukan arahan atau platform tertentu (Ubuntu, Redhat, dll).
- Ansible Playbook adalah sekumpulan arahan (lebih dari satu) yang boleh dijalankan di atas server. Playbok boleh dihasilkan dalam format yml
Contoh Penggunaan
- Sediakan fail yang mengandungi maklumat server. Format dibawah ini adalah ip:ssh_port
inventori
[webserver]
1.2.3.4:2022
4.5.6.7:2022
- Guna ansible
$ansible -i inventori -m ping webserver
1.2.3.4 | SUCCESS => {
"changed": false,
"ping": "pong"
}
4.5.6.7 | SUCCESS => {
"changed": false,
"ping": "pong"
}
$ansible -i inventori -a uptime all
1.2.3.4 | CHANGED | rc=0 >>
3:16AM up 34 days, 3:44, 2 users, load averages: 0.03, 0.04, 0.00
4.5.6.7 | CHANGED | rc=0 >>
12:16PM up 45 days, 14:37, 2 users, load averages: 0.00, 0.00, 0.00
Kalau berminat untuk belajar dengan lebih lanjut, saya sarankan ikuti siri tutorial Ansible 101 oleh _Jeff Geerling_Ansible 101. Beliau adalah penulis buku Ansible for Devops.
eof