#64 - Elasticsearch & API

Kebiasaannya, Kibana akan digunakan untuk mencapai maklumat dari Elasticsearch. Walaubagaimanapun ada tugas yang lebih mudah dari command line. Ada beberapa langkah yang perlu diambil terlebih dahulu.

1.Siapkan kekunci API

POST _security/api_key/
{
  "name": "pengguna-api"
}
  1. Arahan diatas akan hasilkan id dan api_key .Gabungkan kedua nilai, tapi pisahkan keduanya dengan “:”

id: ntPFwnQBEN7rKkCKJ6iu apikey: xNFfQ_G2Trao2OBnUYfNfN

ntPFwnQBEN7rKkCKJ6iu:xNFfQ_G2Trao2OBnUYfNfN

  1. Tukarkan kedua nilai diatas kepada base64
$echo ntPFwnQBEN7rKkCKJ6iu:xNFfQ_G2Trao2OBnUYfNfN | base64 
bnRQRnduUUJFTjdyS2tDS0o2aXU6eE5GZlFfRzJUcmFvMk9CblVZZk5mTgo=
  1. Guna api tersebut dengan curl untuk capai data dari elasticsearch. Contoh:

curl -H ‘Authorization: ApiKey bnRQRnduUUJFTjdyS2tDS0o2aXU6eE5GZlFfRzJUcmFvMk9CblVZZk5mTgo=’ -XPOST ‘https://kibana:9243/index-*/_search’ -H ‘Content-Type: application/json’ -d ‘{“query”:{“match” : {“src_ip”:”10.10.10.10"} } }’

  1. Elasticsearch akan pulangkan hasil dalam bentuk json

Selamat mencuba!

adli@rumah