#65 - Lebah Dan Tomato
Musim bunga sudah tiba di Brisbane. Ini bermakna suhu lebih panas berbanding beberapa bulan sebelum ini.
Lebih menyeronokkan saya dapati lebah tempatan sudah mula keluar dan sibuk mengumpul debunga. Ada dua spesis yang sering melawati pokok tomato setakat ini: homalictus dan braunsapis .
Homalictus ini sangat kecil (mungkin dalam 3-4mm) dan berwarna hijau metalik. Braunsapis pula berwarna hitam ada agak besar sedikit dari lebah Homalictus. Saya juga pernah nampak lebah Homalictus ini membuat sarang dalam batang buluh yang saya gunakan dalam pasu.
Terima kasih lebah-lebah semua kerana tolong debungakan tanaman di sekeliling rumah. Semoga projek tanam tomato dalam pasu berjaya inshaAllah.
adli@rumah