Sejak 4 tahun lepas saya mula rajin menanam pokok dalam pasu belakang rumah. Mungkin nampak remeh tapi saya dapati menanam pokok ini satu aktiviti yang menyeronokkan. Ada beberapa manfaat yang saya boleh senaraikan disini.

  1. Boleh tambah ilmu pengetahuan - contohnya nama-nama bunga, pokok, buah, serangga dan sebagainya. Hari-hari mengadap komputer dan layan masalah keselamatan siber bosan juga.
  2. Lebih faham tentang ilmu sains :-)
  3. Boleh makan hasilnya (tomato, terung, salad, daun kari, cili)
  4. Cantikkan kawasan persekitaran rumah
  5. Membantu alam sekitar, contohnya bunga-bunga jadi sumber makanan untuk lebah. Lebah memainkan peranan penting dalam ekosistem kita.
  6. Secara tak langsung juga boleh dekatkan diri dengan tuhan. Banyak ayat-ayat Quran tentang tanaman, pokok, hujan dan buah-buahan.

Kalau tak percaya boleh cuba sendiri!