1. Dua minggu lepas saya dapat laman web fortyhadith.iium.edu.my tidak boleh dicapai.

  2. Sejarah saya dan laman web ini bermula sekitar tahun 2001. Waktu itu saya masih lagi bertugas di UIAM. Saya telah diperkenalkan kepada Dr. Jamal Badi (kini Professor)) yang perlukan bantuan untuk memuatnaik laman web yang mengandungi nota dari kuliah 40 Hadith beliau. Fail-fail .html telah dihasilkan oleh salah seorang pelajar beliau dan laman web ini dinamakan fortyhadith.com pada awalnya. Namun saya tidak pasti kalau domain fortyhadith.com telah dibeli atau tidak.

  3. Saya guna salah satu server yang ada di Kuliyyah ICT dan dapatkan domain fortyhadith.iiu.edu.my untuk digunakan. Kalau tidak salah, sistem pengoperasian pada seserver tersebut adalah FreeBSD, sama seperti server kict.iiu.edu.my. Boleh lihat cekupan terawal dari archive.org pada tahun 2003.

  4. Saya tak pasti bila tapi domain tersebut telah bertukar kepada fortyhadith.iium.edu.my. Namun, saya perasan ada beberapa kali tidak boleh dicapai.

  5. Maka saya telah buat laman mirror dan sewa domain fortyhadith.net. Saya cuba dapatkan fortyhadith.com tapi harganya terlampau mahal.

  6. Saya kemaskinikan beberapa perkara dalam laman web asal supaya boleh dipaparkan dalam pelayan web moden. Ada beberapa tag html yang tidak lagi dalam piawaian terkini. Saya juga edit beberapa fail imej menggunakan GIMP.

  7. Jadi boleh ke www.fortyhadith.net dan menikmati nota dari kuliah Hadith 40 An-Nawawi Prof. Dr Jamal Badi.