1. Antara spesis lebah yang menarik ialah Megachilidae atau biasanya dipanggil leaf cutter bee

  2. Lebah jenis ini akan memotong daun dan menggunakannya untuk membuat sarang. Saya dapati sarang lebah leaf cutter di celah batu & dinding rumah.

Aksi memotong daun

Aksi memotong daun

  1. Kalau di belakang rumah, daun yang dipotong adalah dari pokok bunga Ros dan pokok kesum (laksa). Jika sarang dari daun laksa ini pasti sarangnya wangi :-)
Lebah terbang dengan daun yang dipotong

Lebah terbang dengan daun yang dipotong

  1. Beberapa bulan lepas saya buat ‘hotel lebah’ dari lumpur & batu-bata. Tujuannya ialah untuk lebah seperti spesis Megachilidae ini buat sarang. Ada juga orang jual Bee Hotel ini secara komersial.

  2. Minggu lepas saya dapati, hotel lebah saya telah ada penghuni. Dari tiga lubang, dua sudah ada sarang. Dan saya sempat ambil gambar sarang yang dalam pembikinan di lubang yang ketiga.

Lebah masuk ke lubang dengan daun

Lebah masuk ke lubang dengan daun

Keluar dari lubang

Keluar dari lubang

Sarang yang dah siap

Sarang yang dah siap

MashaAllah, siapa lagi yang memberi inspirasi kepada lebah ini yang memotong yang membina sarang di kawasan rumah kalau bukan Allah yang Maha Mencipta?

adli@rumah