Sebagai penganut agama Islam kita adalah pengikut Nabi Muhammad. Baginda bukan sahaja diiktiraf oleh Allah tapi disebutkan sebagai “Rahmat untuk sekelian alam” di dalam Al-Quran.

Saya rasa kebanyakkan orang kita, termasuk saya tak begitu mengenali Nabi Muhammad dan sejarah kehidupan baginda. Hanya tahu sedikit melalui kelas agama di sekolah. Perkara yang kita ingat mungkin sebab perlu hafal fakta untuk peperiksaan.

Antara buku yang saya kira menarik untuk belajar sejarah Nabi kita Muhammad SAW dan peristiwa berkaitan dengan masyarakat Islam the Mekah dan Madinah ialah buku Muhammad: His Life based on Earliest Sources oleh Martin Lings.

Buku ini menarik pada saya kerana ia adalah berdasarkan kitab sejarah lama oleh Ibn Ishaq, Ibn Saad dan Al-Waqidi. Penulis buku, Martin Lings ( Abū Bakr Sirāj ad-Dīn) merupakan pakar bahasa dan menganut Islam pada tahun 1938. Buku ini telah di cetak pada tahun 1983. Saya masih ingat meminjam buku ini dari perpustakaan University of Ottawa ketika belajar di situ sekitar tahun 1994. Baru-baru ini saja baca semula buku ini dan rasa lebih puas membaca mungkin kerana faktor umur!

Kepada yang berminat boleh ikuti video Dr. Martin Lings bercerita tentang pengalaman beliau pergi menunaikan ibadah haji.

Selamat membaca!

adli