Mac OSX telah menukar default shell untuk sistem pengoperasinya dari bash kepada zsh. Bash masih lagi ada tapi versi yang lama (3.x).

Saya mula berjinak-jinak dengan zsh beberapa tahun dahulu. Akan tetapi saya menggunakan kerangka oh-my-zsh untuk mengkonfigurasi zsh. Akibatnya saya tidak tahu banyak tengtang zsh.

Pada saya, ada banyak kelebihan zsh terutamanya untuk lebih efektif di comamand line. Dari segi pengaturcaraan skrip, tidak banyak beza antara bash dan zsh. Malahan banyak ciri bash dan jugak ksh (korn shell) yang telah diambil oleh zsh.

Setelah membaca beberapa siri artikel di Internet saya mengambil keputusan untuk mula dari asas. Saya ikuti blog Moving to Zsh dan buat semula .zshrc. Boleh lihat contoh .zshrc saya yang sederhana di sini.

Saya juga telah dapatkan buku Moving to Zsh yang ditulis oleh pengarang blog yang sama.

adli