Diff dan Patch adalah dua program yang biasanya ada dalam sistem Unix atau Linux.

Kita boleh gunakan diff untuk mengetahui perbezeean antara dua fail. Contohnya saya ada file .zshrc. Kemudian saya buat beberapa perubahan dalam fail .zshrcbaru. Untuk melihat apa perbezaan antara kedua fail ini saya boleh guna diff:

diff .zshrc .zshrcbaru

Kalau saya berpuas hati dan mahu fail asal menguna pakai perubahan tersebut saya boleh hasilkan patch.

diff -u .zshrc .zshrcbaru > fail.patch

Seterusnya kita boleh gunakan arahan patch. Pastikan .zshrc ada dalam direktori :

patch < fail.patch

Dengan ini fail perubahan akan dimasukkan dalam .zshrc. Jadi jika saya ada fail .zshrc di komputer atau server lain, saya boleh salin _fail.patch' dan jalankan arahan patch seperti diatas.

Rujukan:

  1. Video The Urban Penguin di Youtube {{ < youtube WM_eWzNzx1o > }}

adli@ofis