#91 - Vim Plugin
Baru-baru saya mula kemaskini .vimrc (fail konfurasi untuk vim) cuba beberapa plugin (skrip).
-
Auto-pairs : plugin ini akan masukkan (atau buang) pasangan beberapa tanda seperti (), “”, {}, dan sebagainya. Jadi kita hanya perlu taipkan satu tanda dan skrip akan lengkapkan. Ini sangat praktikal sebab kadang-kadang lupa nak tutup yang di atas & akan dapat ralat dalam sintaks.
-
Sandwich: plugin ini akan masukkan tanda seperti (), “”, {}, dan tag (i.e html) dikeliling perkataan, ayat atau perenggan.
Kedua-dua plugin ini saya dapati sangat berguna untuk menulis skrip. Untuk mengurus plugin untuk vim saya guna vim-plug.
adli@rumah