Dalam Surah Al-Qasas (surah 28) ada beberapa potongan ayat yang mengandungi doa Nabi Musa. Ceritanya pada waktu tersebut ialah Nabi Musa dinasihatkan ’lari’ ke negeri Madyan setelah baginda membunuh seorang pemuda secara tidak sengaja (28:15). Nabi Musa terus meminta ampun dari Allah, dan Allah mengampuni baginda.

28:16 Ia merayu (dengan sesalnya): “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku”. (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Saya petik doa-doa yang lain dalam ayat seterusnya.

28:17 “Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah”

28:21 “… Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim”

28:22 " … Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku"

28:24 “…Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan”

Doa dalam ayat yang ke 24 sangat menarik dan menusuk jiwa. Saya rasa kebanyakan terjemahannya tidak berapa tepat dan menyampaikan maksud ayat asal dalam bahasa Arab. Dr Muhammad Abdel-Haleem menterjemahkan ayat tersebut kepada:

28:24 “… My Lord, I am in dire need of whatever good thing You may send me”

Mungkin juga lebih baik kita belajar bahasa Arab supaya dapat kefahaman yang jelas. Boleh lihat ayat lengkap di Quran.com

adli@rumah