Saya diperkenalkan kepada Parkrun pada hujung 2016. Ia adalah satu program komuniti yang menarik dan bagus untuk kesihatan. Perkara yang bagus tentang inisiatif Parkrun:

Parkrun March 2018

Parkrun March 2018

  1. Percuma - semua diuruskan oleh sukarelawan
  2. Dekat taman (park) dekat dengan rumah. Ada 2-3 taman yang buat Parkrun setiap minggu. Parkrun juga ada di beberapa negara - Malaysia belum ada lagin.
  3. Santai - boleh lari, jalan, bawak anak atau haiwan kesayangan. Aktiviti ini bukan pertandingan. Ada beberapa pelari ‘professional’ tetapi banyak pelari dari segenap lapisan umur dan masyarakat.
  4. 5km sahaja - tak berapa jauh :-)
  5. Tak lama - waktu mula adalam 7am (tepat) setiap hari Sabtu. Sebelum jam 8 dah habis dan boleh balik sarapan.
  6. Masa direkodkan - anda perlu daftar dan dapatkan barcode. Anda akan dapat keputusan setiap minggu melalui email. Jadi boleh bandingkan dengan keputusan yang lepas.
  7. Sokongan positif dari perserta dan komuniti Parkrun. Setiap kejayaan kecil diraikan!
  8. Semangat tolong-menolong - boleh jadi sukarela

Sebelum ikut Parkrun saya dah lama tidak berlari jarak jauh (lebih 1-2km). Mungkin kali terakhir ketika ketika merentas desa di sekolah menengah di Klang. Minggu lepas saya berjaya lakukan Parkrun yang ke-12!

Nota Kaki: [1] Parkrun Australia