#26 - Kisah BSD Saya
Cerita ini asalnya disiarkan dalam bahasa Inggeris di https://runbsd.info/people/adli.html
Saya Adli, dan kini bekerja sebagai Senior Internet Security Specialist di APNIC .
Kerja pertama saya ialah di sebuah universiti di Malaysia. Selain mengajar, perkara terbaik tentang persekitaran universiti (lewat 90-an / awal 2000-an) ialah akses kepada Internet dan perkakasan lebihan. Ketika itu masih banyak sistem unix komersial (HP-UX, SunOS, AIX, SGIX) di kampus, tetapi saya ingat beberapa kawan di pusat komputer mula mencuba Linux. Saya pun turut serta - membuang Windows dari laptop dan desktop dan menggantikannya dengan Redhat Linux. Lama-kelamaan saya juga menggunakan Slackware, Debian, Mandrake & Ubuntu, dan menganjurkan beberapa install-fest di kampus.
Pada masa yang sama, saya mula mendengar tentang FreeBSD dan OpenBSD daripada beberapa mailing list dan forum. Akhirnya peluang untuk menggunakan BSD tiba apabila saya berjaya meyakinkan pusat komputer universiti untuk membenarkan saya memasang pelayan web dan emel bagi fakulti. (Semuanya berpusat dan saya bukan pentadbir sistem sepenuh masa, jadi ini perkara besar :-) Saya juga perlu berterima kasih kepada Matt Simerson kerana menghasilkan skrip Qmail toaster .
Saya mula menggunakan OpenBSD untuk workstation UltraSparc64 saya sekitar tahun 2003. Sejak itu saya jatuh cinta dengannya, terutamanya kerana ia ringkas, tidak memerlukan banyak sumber dan memberi tumpuan kepada keselamatan. Saya kemudian memasang beberapa pelayan web dan menggunakan pf sebagai firewall di mana-mana yang boleh. Sehingga kini saya masih menguruskan beberapa pelayan OpenBSD - termasuk hos untuk blog peribadi saya.
Oh ya, saya juga perlu sebut yang saya membeli CD OpenBSD 3.6 daripada Theo sendiri semasa beliau datang ke Kuala Lumpur untuk berucap di HackinTheBox2004
Anda boleh mencari saya di Twitter dan Mastodon . Saya juga sesekali menulis di laman peribadi saya .