Unsplash dan Pixabay adalah platform untuk berkongsi foto berkualiti tinggi secara percuma. Pada 29 Oktober 2018 saya meyertai kedua-dua platform ini dan mula berkongsi foto-foto yang saya rasa menarik untuk dikongsi. Berikut adalah perbandingan secara ringkas setelah 30 hari menggunakan kedua-dua platform di atas.

Setiap foto yang dimuatnaik akan disaring terlebih dulu. Ada syarat-syarat tertentu yang boleh dipenuhi. Kalau diterima, foto tersebut akan dipaparkan di profil dan boleh dimuat turun oleh pengguna lain.

  1. Dari 25 foto yang dimuat-naik, hanya 21 yang diterima oleh Pixabay. Jadi ada foto yang diterima oleh Unsplash dan kena tolak oleh Pixabay. Berikut adalah antara foto yang tidak diterima oleh Pixabay.

Taipei 101 https://unsplash.com/photos/dbsfR8yBMU0

Gandantegchinlen di Mongolia - https://unsplash.com/photos/8ZxiJ03e5S4

  1. Kesemua 37 gambar yang saya muat-naik ke Unsplash diterima. Malah ada dua foto yang dipaparkan di laman utama (Editorial Selection).
  1. Setelah sebulan, jumlah view dan muat-turun lebih tinggi di Unsplash berbanding Pixabay. Penyebab utamanya adalah kerana 2 foto di atas terpilih untuk Editorial Selection. Foto Kaabah sahaja mendapat lebih 129 ribu views dan dimuat turun lebih 1900 kali.
  1. Walaupun jumlah views dan muat turun di Pixabay lebih rendah, namun ada beberapa foto lebih popular di sana berbanding di Unsplash. Contohnya foto Masjid Nabawi dan permandangan bandaraya Shanghai pada waktu malam.

  2. Satu kelebihan Unsplash adalah ia menyediakan API untuk aplikasi lain mengakses foto-foto mereka. Jadi banyak aplikasi (seperti Trello, Medium, Ghost CMS) yang membolehkan pengguna mereka menggunakan foto-foto dari Unsplash. Jadi foto yang dimuatnaik lebih senang untuk digunakan oleh pengguna aplikasi-aplikasi tersebut.

  3. Dari segi interaksi dengan pengguna platform, saya lebih dapat banyak komen dari pengguna Pixabay berbanding Unsplash. Namun, Unsplash ada menjemput saya menyertai _chat group Slack _ mereka. Di situ ada beberapa channel yang digunakan untuk bertukar fikiran dan bersembang dengan penyumbang lain. Selain dari itu, staf Unsplash juga lebih sosial dan baik dari segi PR.

Poskad dari Unsplash 
Poskad dan pelekat dari Unsplash 
  1. Akhir sekali, tidak semua foto yang diterima Unsplash menerima ‘nasib’ yang sama. Ada foto yang diterima, tapi tidak ‘searchable’. Biasanya foto-foto dalam kategori ini hanya akan dijumpai jika pengguna pergi ke laman profil kita. Sebaliknya semua foto-foto di Pixabay adalah searchable.

Setakat ini, boleh saya katakan Unplash dan Pixabay adalah platform yang baik untuk berkongsi foto-foto berkualiti secara percuma. Secara peribadi saya lebih suka Unsplash.

Jangan lupa lawati profil saya di saya di Pixabay & Unsplash !