January 1, 2019

#18 - Sejuta 'views'

Beberapa hari sebelum akhir tahun 2018 saya dapat mesej di atas dari Unsplash. Saya tidak pasti bagaimana mereka mengira pandangan/views tapi 1 juta untuk lebih kuran 50 foto dalam masa 2 bulan agak banyak (berbanding platform lain seperti Instagram atau 500px). Kita juga boleh tahu jumlah download bagi setiap foto.

Apa yang saya perhatikan ialah, jumlah views akan meningkat dengan mendadak jika ada foto yang dipaparkan di laman utama (editorial feed). Faktor kedua pula bergantung samada sesuatu foto boleh dicari (searchable)  atau tidak.

Jadi sejak menyertai Unplash pada hujung Oktober 2018 sudah 5 foto saya dipilih untuk editorial feed. Berikut adalah  mesej dari Unsplash bagi gambar pertama yang dipilih.

Saya sebenarnya tidak berapa kisah tentang jumlah views atau downloads. Bukan tujuan utama juga untuk mendapat sebanyak munkin likes. Yang penting dapat peluang untuk berkongsi foto dan mendapat feedback dari komuniti Unsplash.