Antara “tema” kehidupan yang sentiasa disebut dalam Al-Quran ialah kehidupan ini adalah sementara. Kita semua akan menuju kehidupan yang kekal abadi. Secara tidak langsung, pengalaman dalam kehidupan ini adalah merupakan ujian.

Dalam surah Yunus, ayat 45:

Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia).

adli@jumaat