Hari ini laman web BeeLover.Net akhirnya ‘dilancarkan’. Projek laman web ini dalam Bahasa Ingeris. Fokusnya adalah makro fotografi & lebah (native & solitary).

Saya menggunakan Wordpress (6.1.1) supaya senang untuk kemaskini dari beberapa komputer. Setelah lama tidak menggunakan Wordpress, saya rasa lemas pada mulanya. Tetapi setelah baca beberapa artikel baru nampak agak jelas.

Proses paling lama ialah mencari gambar-gambar lama (dari tahun 2019) dan kemudia proses secara batch untuk letak watermark dengan XnConvert.