#13 - Maltrail dan LetsEncrypt

Ini nota ringkas untuk memasang sijil LetsEncrypt bagi pemasangan Maltrail anda.

Nota: Ini mungkin bukan cara yang paling sesuai. Namun, dalam satu bengkel yang saya kendalikan di Indonesia, peserta perlu memasang Maltrail pada VPS di awan. Memandangkan ia bengkel keselamatan, tak sesuailah kalau pelayan maltrail diakses melalui port 80 (http) atau menggunakan sijil self-signed :-) Ia juga peluang yang baik untuk mempromosikan LetsEncrypt!

  1. Sistem pengoperasian yang digunakan ialah Ubuntu 16.04 LTS. Maltrail dipasang mengikut arahan di laman web projek tersebut.
  2. Fail *.pem asal ialah server.pem dan boleh didapati dalam direktori misc/. Fail ini mengandungi kunci peribadi (private key) dan maklumat sijil.
  3. Pasang LetsEncrypt

sudo apt-get install letsencrypt

  1. Hasilkan sijil untuk domain anda.

sudo letsencrypt certonly

  1. Gantikan misc/server.pem

sudo cat /etc/letsencrypt/live/domain_anda/privkey.pem > server.pem

sudo cat /etc/letsencrypt/live/domain_anda/cert.pem » server.pem

  1. Tetapkan USE_SSL kepada true dalam maltrail.conf

USE_SSL true

  1. Mulakan semula pelayan

$python server.py

Semak laman dan pelayan di https://domain_anda:8338

EOF