#15 - Backup Jarak Jauh dengan mongodump
Masalah: Saya ada pangkalan data mongodb yang perlu di-backup. Tetapi ruang storan pada pelayan tersebut terhad. Kita panggil pelayan ini Production.
Penyelesaian: Jalankan mongodump dari pelayan lain yang mempunyai ruang yang banyak. Kita panggil pelayan ini Backup.
- Pada Backup, cipta pengguna yang boleh digunakan untuk ssh ke Production. Kemudian, hasilkan pasangan kunci ssh dan salin kunci awam (public key) ke Production.
$ssh-keygen -t rsa -b 2048
$ssh-copy-id .ssh/id_rsa_pub pengguna@production -v
Pasang mongodump. Saya cadangkan rujuk dokumentasi di laman web rasmi . Pada Ubuntu, pasang sahaja pakej mongodb-org-tools yang mengandungi mongodump.
Cipta terowong ssh dengan local port forwarding pada Backup. Ini membolehkan anda mengakses pangkalan data secara lokal melalui port 27071.
$ssh -nNT -L 27071:127.0.0.1:27071 -v
- Jalankan mongodump [1]
$mongodump --gzip --database nama_pangkalan_data
mongodump akan menyambung ke mongodb pada Production dan menyimpan data tersebut pada Backup. Semuanya berlaku melalui ssh.
Secara lalai, mongodump akan mencipta direktori bernama dump. Pilihan lain untuk mongodump boleh dilihat di laman web rasmi .