OpenBSD 6.6 telah dikeluarkan beberapa hari lepas. Dalam versi ini, sysupgrade telah diperkenalkan dah arahan ini akan mengautomasikan proses naik taraf OpenBSD.

Sistem yang saya perlu naik taraf (webserver) menggunakan OpenBSD 6.5. Jadi ada 4 langkah yang perlu diambil:

  1. syspatch - akan pasang sysupgrade dalam sistem
  2. sysupgrade - akan pasang kernel dan pakej yang berkaitan. Sistem akan reboot selepas proses ini lengkap
  3. sysmerge - sistem akan tanya apa yang perlu dibuat dengan fail configurasi yang tertentu. Samada guna yang lama, ambil yang baru atau gabungkan keduanya.
  4. pkg_add -u - naik taraf pakej (program) lain dalam sistem. Contohnya untuk server saya php_7.3.4 kepada php_7.3.10

Proses ini mengambil masa tak lebih dari 10 minit.

output arahan sysupgrade

output arahan sysupgrade

output arahan doas pkg_add -u

output arahan doas pkg_add -u

OpenBSD 6.6

OpenBSD 6.6

-adli@rumah