#4 - Larian Mingguan Parkrun
Saya diperkenalkan kepada Parkrun pada hujung 2016. Ia adalah satu program komuniti yang menarik dan bagus untuk kesihatan. Perkara yang bagus tentang inisiatif Parkrun:
- Percuma - semua diuruskan oleh sukarelawan
- Dekat taman (park) dekat dengan rumah. Ada 2-3 taman yang buat Parkrun setiap minggu. Parkrun juga ada di beberapa negara - Malaysia belum ada lagin.
- Santai - boleh lari, jalan, bawak anak atau haiwan kesayangan. Aktiviti ini bukan pertandingan. Ada beberapa pelari ‘professional’ tetapi banyak pelari dari segenap lapisan umur dan masyarakat.
- 5km sahaja - tak berapa jauh :-)
- Tak lama - waktu mula adalam 7am (tepat) setiap hari Sabtu. Sebelum jam 8 dah habis dan boleh balik sarapan.
- Masa direkodkan - anda perlu daftar dan dapatkan barcode. Anda akan dapat keputusan setiap minggu melalui email. Jadi boleh bandingkan dengan keputusan yang lepas.
- Sokongan positif dari perserta dan komuniti Parkrun. Setiap kejayaan kecil diraikan!
- Semangat tolong-menolong - boleh jadi sukarela
Sebelum ikut Parkrun saya dah lama tidak berlari jarak jauh (lebih 1-2km). Mungkin kali terakhir ketika ketika merentas desa di sekolah menengah di Klang. Minggu lepas saya berjaya lakukan Parkrun yang ke-12!
Nota Kaki: [1] Parkrun Australia