Ramadhan Mubarak!

Alhamdulillah, syukur diberikan kesempatan menemui Ramadhan lagi. Harapan saya adalah semoga dapat manfaat masa yang ada dan mengambil kesempatan peluang masa yang terluang oleh kerana bekerja dari rumah.

Di hujung Surah Ali-Imran (ayat ke-200) Allah berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu , dan kuatkanlah kesabaran, dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Surah Ali-Imran (3):200)

Semoga kita diberi kekuatan dan kesabaran untuk beribadah!

adli@rumah