One minute
#46 - Setahun Bersama Unsplash
2 hari lepas genap setahun saya berkongis gambar-gambar di Unsplash. Alhamdulillah, pengalaman saya setakat ini sangat memberangsangkan.
Dari segi statistik, lebih dari 16.5 juta views dan 170,000 kali gambar dimuat-turun. Tiga gambar yang paling popular adalah gambar Masjid Nabawi, Kaabah dan Masjid ‘Biru’ di Istanbul. Dari 110 gambar, 15 pernah dipaparkan di editorial feed.
![Poskad dan sticker dari Unsplash](https://durian.fsck.my/images/2019/11/unsplash_poskad.jpg)
Poskad dan sticker dari Unsplash
Berikut adalah tip atau nasihat bagi yang ingin berkongsi gambar di Unsplash.
- Unsplash tak sama dengan instagram - jadi tak perlu stress dengan jumlah like atau pengikut.
- Jumlah views dan download akan dipaparkan di bahagian statistik akaun kita. Tapi jangan terlampau risau dengan nombor atau populariti gambar.
- Oleh kerana sesiapun boleh muat turun dan guna gambar, jangan harap orang akan minta izin dari kita. Kalau gambar digunakan online mungkin mereka akan beri kredit.
- Jangan harap orang akan bayar duit untuk menggunakan gambar kita. Niatlah sebagai amal jariah.
- Cuba enjoy bila lihat gambar kita muncul di laman web atau artikel di Internet.
- Sertai group slack Unsplash. Di situ are ramai ahli dan staf unsplash yang berkongsi pengalaman & ada juga perbincangan tentang fotografi.
adli@rumah