Pada pertengahan bulan February saya ke Melbourne untuk menghadiri APRICOT2020. Pada sebelah malam dan awal pagi saya ambil peluang ambil gambar di sekitar kawasan bandar.

Antara tempat yang saya pergi adalah Hosier Lane. Ia merupakan lorong yang penuh dengan grafiti atau street art.

ISO1600 35mm f/1.8 1/40

ISO1600 35mm f/1.8 1/40

Antara yang menarik perhatian saya adalah poster yang ada gambar Dr Li Wenliang. Beliau adalah doktor dari China yang cuba melaporkan outbreak coronavirus akan tetapi diberi amamaran oleh pihak kerajaan. Beliau kemudiannya dilaporkan dijangkiti corona virus dan meninggal dunia. Cerita penuh di sini.

Saya telah kongsikan gambar di atas ke Unsplash dan gambar tersebut terpilih untuk editorial feed dan dipaparkan di bahagian current events. Saya juga perasan ada beberapa artikel yang menggunakan gambar tersebut.

  1. https://www.abc.net.au/news/science/2020-03-03/coronavirus-top-10-google-searches-preparation-pandemic/12017552
  2. https://blogs.timesofisrael.com/covid-19-and-the-delusion-of-reprieve/

Semoga Allah balas jasa para doktor, jururawat, pekerja hospital dan mereka yang berkorban di barisan hadapan. Semoga kita semual selamat dari dijangkiti Covid-19.

adli@rumah